
hai readers ! ^^
Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental,emosi dan kesabaran korang.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips basic menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku jee korang sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan korang , cita-cita korang, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
korang takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa korang hendak. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan korang dari segi fizikal dan mental. Risau membuat korang selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri korang mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang korang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana korang masih ada 5 deria yang lengkap,korang boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di ALAM KEDUA), korang ada kawan rapat yang memahami korang dan korang mempunyai handphone kesayangan korang. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri korang. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda korang .
Ketahuilah, korang selalu rasa sedih dan kecewa kerana korang tak memaafkan kesalahan diri korang di masa lalu ataupun korang tak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri korang satu ketika dulu, ataupun... korang susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri korang, yang membuat korang sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri korang .
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan korang dan menjadikan korang girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri korang dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar korang boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan korang boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada korang, cari cara bagaimana korang boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki korang murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada korang. korang menjadi apa yang korang selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan korang boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, korang dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan korang di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang korang lakukan pada orang lain, mungkin ada walau korang tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk korang.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
selamat mencuba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan